MUA Bella Dipuji ‘Humble’ Naik Kancil, “Respect Walaupun Dah Level Jutawan…”

Sponsored

Sebelum ini MUA Bella pernah tular dengan kereta Lamborghini berwarna hijau yang dimilikinya. MUA Bella atau nama penuhnya Nabilah Zulyadaini adalah seorang jurusolek dan juga pempengaruh yang berasal dari negeri utara Malaysia.

Sering menghiburkan 2.1 juta pengikut di Instagram miliknya dengan pelbagai konten menarik, MUA Bella juga membuatkan ramai tertawa dengan ‘bebelan’ slang utaranya.

Sponsored

Terbaharu MUA Bella berkongsikan video dia dan suami menaiki kereta dari jenis kancil untuk mencari lokasi bergambar. Seperti kebiasaannya gelagat selamba dan bebelan MUA Bella telah membuatkan ramai terhibur.

Apatah lagi MUA Bella dipuji humble naik kancil sekeliling kampung. Berikut adalah video di balik tabir Bella menaiki kancil bersama suaminya yang dimuat naik menerusi akaun Instagram miliknya itu:

Sponsored

Lokasi bergambarnya pun memang menarik dan cantik betul! Berikut adalah hasil foto dengan latarbelakang cukup menarik:

Apa-apa pun perkongsian ini membuatkan MUA Bella dipuji humble naik kancil biarpun memiliki kereta mewah. Di ruangan komen, rata-rata warganet akui terhibur dengan gelagat Bella ini dan meninggalkan reaksi tersebut seperti berikut:

Sponsored

“Hahaha mesti ada satu keta buat lalu jalan2 tak rata. Sama laa kat rumah ni guna kancil jaa jalan2 kampung. Hahaha walaupun kecik tahan lama weii sang kancil ni”

“Bella ni aku respect dia walaupun dah level jutawan…Shes so humble. Tak menunjuk sangat2 la..Hat len tu la menunjuk sangat kata depa kaya”

“Ya Allah comel gila mua bella ni. Dia jadi diri dia..Very2 humble tau..Tak kisah apo..Kancil ke lambo ke ferrari ke..Semua hokayyy..Yang penting suka dia ni”

“Hahaha betul la, bawak kereta kecik senang parking..Kereta besar jenuh gostan ke belakang ke depan”