Wajah Kak KM terkejut dengar nyanyian Ratu Farah cetus tawa warganet

Sponsored

Nama Ratu Farah memang tidak dapat lari daripada kontroversi nampaknya sekali lagi dia menjadi perbualan ramai selepas satu persembahan terbaharunya di satu acara mencuri tumpuan warganet. Pempengaruh TikTok ini juga pernah menerima kritikan ramai selepas mengeluarkan lagu berjudul Slebew l Sikok Bagi Duo.

Walau bagaimanapun, setiap kali menyanyi Ratu Farah sering menerima kritikan. Terdahulu, Ratu Farah Diva merupakan seorang gadis yang dikenali sebagai pempengaruh TikTok yang sering memuat naik video ‘pickup lines’ termasuklah kepada artis.

Sponsored

Persembahan Ratu Farah

Namun begitu, gelagatnya yang sering tular di media sosial membuatkan dia semakin tidak disenangi warganet kerana sikapnya itu. Terbaharu Ratu Farah menjadi perbualan lagi apabila dia selamba menyanyi di hadapan beberapa artis terkenal Malaysia.

Sponsored

Menyanyikan lagu Slebew l Sikok Bagi Duo, turut kelihatan disebelah Ratu Farah adalah Catriona Ross, Watie Elite dan turut sama ada disitu juga usahawan terkenal, Kak KM dan Nadia Brian. Ternyata nyanyian Ratu Farah mengundang juga orang ramai tertumpu dengan wajah Kak KM.

Rupanya nyanyian Ratu Farah mengundang Kak KM terkejut sehinggakan warganet juga tercuit hati dan dalam pada itu ruangan komen pula netizen hujani dengan pelbagai reaksi berseloroh melihat video pendek dikongsikan itu.

Sponsored

Aku perhati je kau Kak KM

Kak KM jangan terkejut sangat hahaha

Kak KM terkejut

Mesti Kak KM tak pernah tengok dia sebelum ni terkejut tu lain macam betul