Pantas Gunakan Kalkulator, Gelagat Gadis Ini Jadi Bualan Ramai, “Laju Gila Dia Tekan…”

Sponsored

Baru-baru ini, tular di media sosial rakaman video seorang gadis menggunakan kalkulator di dalam sesi ‘live’ di platform Tik Tok. Video yang dikongsikan semula di Twitter ini kemudiannya menjadi bualan ramai dek skill pantas gadis itu menggunakan kalkulator.

Menerusi video yang dimuat naik ini, kelihatan gadis itu berkongsikan rutin kerjanya di mana dia sedang menyiapkan urusan kerja. Gadis itu kemudiannya mencapai kalkulator dan mula menaip untuk membuat kira-kira sambil memandang dokumen di sebelahnya.

Sponsored

Apa yang menjadi bualan ramai ialah kepantasan gadis itu menaip pada kalkulator yang sangat pantas sekali sehinggakan dia digelar sebagai ‘gadis kalkulator’ oleh netizen. Lebih menarik lagi, dia berjaya melakukannya tanpa membuat kesalahan walaupun menaip dengan begitu pantas.

Perkongsian video itu turut menjadi bualan ramai di mana rata-ratanya terkejut melihat kepantasan gadis itu mengira menggunakan kalkulator. Dalam masa yang sama, ada juga yang tertanya-tanya bagaimana gadis itu berjaya mengira dengan begitu cepat sekali.

Sponsored

Meninjau di ruangan komen, netizen turut memberikan pujian di atas skill hebat yang ditunjukkan oleh gadis ini. Namun ada juga yang meluahkan rasa kurang senang apabila terdapat beberapa komen tidak sepatutnya dari segelintir lelaki di dalam sesi ‘live’ tersebut.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sponsored
Sumbertwitter