Ramai Terkejut Tengok Harga Stokin Yang Dipakai Anwar Ibrahim, “Habislah Kat Kedai Eco Lepas Ni…”

Sponsored

Tak dinafikan semenjak bergelar Perdana Menteri ke-10, segala gerak geri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perhatian ramai. Sehinggakan apa sahaja yang digunakan oleh PM10 ini pasti akan menjadi bualan di media sosial.

Baru-baru ini pula, DSAI memuat naik hantaran gambar beliau bersama Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Namun di sebalik gambar yang dikongsikan, ada perkara lain yang mencuri perhatian netizen.

Sponsored

Semuanya gara-gara jenama stokin mampu milik yang digayakan oleh Anwar Ibrahim semasa pertemuan tersebut. Menurut netizen, stokin yang dipakai oleh DSAI ini adalah dari Kedai Eco yang boleh didapatkan pada harga RM2.40 sahaja.

Perkongsian itu turut menerima reaksi positif dari netizen yang meluahkan rasa kagum dengan sikap rendah diri yang ditunjukkan pemimpin negara ini. Malah ada juga yang berasa teruja apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim menggayakan stokin dari jenama mampu milik ini.

Sponsored

“Tidak perlu stokin mahal untuk menjadi pemimpin hebat. Tidak perlu pakaian yang mahal untuk menjadi pemimpin yang dihormati seluruh dunia. Yang lebih penting negara dan rakyat diutamakan.”

Berdasarkan tinjauan di ruangan komen, rata-rata netizen turut berseloroh berharap jualan stokin tersebut tidak ‘sold out’ selepas ianya viral di media sosial. Dalam masa yang sama, ada juga yang ternanti-nantikan apakah lagi barangan yang digunakan oleh PM10 ini yang akan menjadi ikutan ramai.

Sponsored

Sebelum ini juga, DSAI pernah menjadi bualan di media sosial selepas dilihat menggunakan pen berharga RM3 semasa menandatangani warkah pelantikan sebagai Perdana Menteri. Bukan itu sahaja, penampilannya yang tidak menggayakan tali leher juga turut menjadi bualan netizen.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertwitter