Siti Afifah Dan Suami Mahu Failkan Saman, Dakwa Difitnah Turut Petik Nama Amin Idris Dan Ustaz Azhar Idrus, “Kamu Bukan Agamawan!”

Sponsored

Nama seorang wanita yang menggelarkan dirinya Ustazah Afifah atau nama sebenarnya Siti Afifah ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Individu ini bersama suaminya sering mengeluarkan kenyataan mengenai kesihatan dan perubatan membuatkan warganet, doktor dan juga agamawan meninggalkan reaksi mereka.

Terbaharu satu video live yang menunjukkan pasangan suami isteri yang mengelarkan diri mereka ustaz dan ustazah ini telah menjadi bualan hangat warganet.

Sponsored

Katanya dah lama sabar dengan fitnah

Dalam rakaman itu kelihatan mereka berdua sedang marah dan mengatakan sudah lama bersabar dengan fitnah dan tohmahan yang dilontarkan beberapa individu. Malah mereka turut menyebut beberapa nama yang dikatakan telah menabur fitnah kepadanya.

Berikut adalah rakaman yang dikongsikan semula oleh seorang pengguna TikTok menunjukkan lelaki dan wanita ini yang sedang meluahkan rasa tidak puas hati mereka:

Sponsored

Siti Afifah dan suami sebut beberapa nama

Antara nama yang disebut oleh Siti Afifah dan suami adalah Penolong Ketua Mufti Negara, Amin Idris, Siakap Keli dan Ustaz Azhar Idris. Dalam rakaman tersebut suami kepada Siti Afifah berkata seperti berikut:

“Sebenarnya dah berbulan-bulan menahan sabar. Kami nak sebut tapi peguam kata jangan. Nanti di mahkamah. Tapi malam ini, cukuplah kamu memperolok-olokkan ulama.

Sponsored

Kami bersabar dengan tohmahan kamu dengan fitnah yang kamu lontarkan. Kamu mempermain-mainkan. Kamu bukan agamawan!”

Selain dari itu Siti Afifah dan suami turut memetik nama Hattan supaya datang berjumpa untuknya dan menuduh penyanyi itu bertaubat tapi tidak betul caranya.