Video Manusia Bertukar Jadi Kambing Kerana Didakwa Derhaka Pada Ibu, “Ingat Cerita Dongeng”

Sponsored

Baru-baru ini tular di sosial media dengan rakaman yang memaparkan manusia bertukar jadi kambing kerana didakwa derhaka pada ibu telah mencuri perhatian ramai. Sebelum ini beberapa rakaman dengan konsep idea sama turut membuatkan ramai tertanya-tanya akan kesahihannya.

Jika di sekitar awal 1990-an di Malaysia cukup popular dengan berita-berita seakan sama dengan kisah dalam rakaman ini dan diterbitkan dalam majalah Mastika, tapi hari ini seiring teknologi video sebegini pula tular di sosial media.

Sponsored

Dalam salah satu video yang tular itu, dipaparkan individu sedang duduk dan kakinya sudah bertukar menjadi kaki kambing. Manakala wajahnya turut berubah seakan haiwan berkenaan.

Berikut adalah perkongsian video manusia bertukar jadi kambing yang telah dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun herryandaa:

Sponsored

Dalam video tersebut dipaparkan juga seorang lelaki memberus kaki kambing tersebut dengan menggunakan berus. Ditulis dalam video itu adalah anak yang derhaka pada ibunya menjadikan ianya jawapan mengapa individu tersebut jadi sebegitu.

Walaubagaimanapun meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet akui tidak percaya akan video berkenaan. Malah ada yang menganggap ini sekadar lakonan semata-mata. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen:

Sponsored

“Lakonan mantap. Boleh terima award ni”

“Dia cuma buat content untuk jadikan pengajaran supaya kita jangan derhaka kepada ibubapa”

“Faham2 jerlah biasa lah tu. Ingat cita dongeng kali haha”

“Lantai tu ada lubang..Separuh badannya kat bawah”

SumberTikTok