Wujud Unsur Penderaan Pada Bella, Siti Bainun Selaku Pengasas Rumah Bonda Diperintah Bela Diri

Sponsored

Sudah lama kita tidak mendengar perkembangan terkini mengenai kes adik Bella, seorang remaja Sindrom Down yang dikatakan didera oleh Pengasas Rumah Bonda.

Terbaru, Siti Bainun selaku Pengasas Rumah Bonda telah diminta untuk membela diri setelah didakwa melakukan pengabaian dan penderaan terhadap remaja Sindrom Down tersebut.

Sponsored

Perkara tersebut diputuskan hari ini apabila Hakim Mahkamah Sesyen, Izralizam Sanusi mendapati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Siti Bainun.

Terdahulu, Siti Bainun didakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan berusia 13 tahun itu sehingga mendatangkan kecederaan fizikal serta gangguan emosi.

Sponsored

Kes penganiayaan itu dilaporkan berlaku di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021. Kes tersebut kemudiannya menjadi perhatian orang ramai yang turut hadir ke mahkamah untuk menyaksikan prosiding berlangsung.

Sekiranya didapati bersalah, Siti Bainun boleh dikenakan hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Sponsored

Pada 28 Oktober lalu, pihak pendakwaan menutup kes selepas memanggil 22 saksi pada perbicaraan kes itu yang bermula pada 30 Mac lalu.

Selain daripada Bella, beberapa saksi lain yang dipanggil adalah terdiri daripada bekas penghuni Rumah Bonda, pakar psikiatri, pembantu pengurus syarikat swasta dan pakar bedah plastik.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di bawah: