Umum sedia kenal dengan figura yang dihormati ramai iaitu Ustaz Ebit Lew. Seorang yang dikagumi ramai apabila figura ini sering sahaja muncul membantu orang susah dan kepantasannya menghulurkan bantuan ini membuatkan ramai memujinya.
Bagaimanapun baru-baru ini seorang pemuda dikenali sebagai Edy yang memiliki sifat pemurah sama seperti Ustaz Ebit Lew telah menjadi bualan hangat warganet. Difahamkan pemuda ini sering menghulurkan bantuan kepada orang ramai sama seperti yang dilakukan oleh Ustaz Ebit Lew.
Lebih menarik lagi, pemuda dikenali sebagai Edy ini sering memuat naik mengenai apa yang dilakukannya itu menerusi akaun TikTok dengan nama Adrian Edy.
Setiap satu video yang dimuat naik jelas kelihatan pemuda ini cukup menyantuni orang yang memerlukan pertolongan. Berikut antaranya:
Menerusi laporan mStar sebelum ini, jejaka berusia 26 tahun ini memulakan kerja-kerja amal tersebut ketika di awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dua tahun yang lalu.
Katanya, sejak mula PKP dia dapati ramai yang terkesan dan dari situ tugas menghulurkan bantuan dimulakannya. Tambah pemuda dari Sabah ini juga dia akui terinspirasi dari Ustaz Ebit Lew yang pantas menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan.
Malah di ruangan komen setiap video dimuat naik oleh pemuda ini telah menerima pujian dari warganet. Berikut antaranya:
“Ebit ke dua. Ringan tangan menghulur bantuan. Semoga dimurahkan rezeki”
“Alhamdulillah selepas tengok UEL, semakin ramai insan2 yang pemurah”
“Pengganti Ustaz Ebit Lew. Alhamdulillah Semoga abang dan team dimurahkan rezeki”
Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda seperti berikut: