Umum sedia tahu Malaysia bukanlah negara yang melalui empat musim seperti sesetengah tempat. Kedudukannya membuatkan negara ini mengalami taburan hujan yang agak tinggi di penghujung tahun namun tidak bersalji.
Malah sepanjang tahun ada juga cuaca dan suhu panas dan kadang-kadang hujan. Namun begitu, baru-baru ini seorang minah saleh pertikaikan baju winter dijual di pasaraya Malaysia telah mencuri perhatian ramai.
Dalam rakaman tersebut, dipaparkan gadis berbangsa asing itu berada di dalam sebuah butik pakaian dalam pasaraya. Gadis itu menunjukkan koleksi baju winter dijual di Malaysia dan bertanyakan apakah sebabnya kerana negara ini tidak alami musim sejuk bersalji.
Berikut adalah rakaman minah saleh pertikaikan baju winter dijual di Malaysia yang dimuat naik menerusi akaun TikTok dengan nama nicolecrewe:
Dalam rakaman ini dia bertanyakan kenapa kedai pakaian di Malaysia menjual baju winter. Tulisnya di video berkenaan, suhu di sini tidak jatuh sehingga 23 darjah celcius.
Disebabkan pertanyaan gadis ini, ramai yang menjawab dan meninggalkan komen mengenainya di ruangan komen. Ada yang menjawab dengan cara bergurau dan terdapat juga jawapan serius mengenainya. Berikut antaranya:
“Untuk pergi snowalk I-City siskaaaa”
“Kami pakai dalam cuaca panas terik di pantai”
“Simple, orang Malaysia melancong keluar negara yang ada musim sejuk. Adakah korang fikir yang mereka akan melancong ke London contohnya dengan hanya pakai tshirt polo dan seluar pendek?”
“Ianya untuk artis pakai di Gegar Vaganza”